PELBAGAI rekaan pin tudung melengkapkan gaya anggun Muslimah.
PELBAGAI rekaan pin tudung melengkapkan gaya anggun Muslimah.
ANTARA koleksi pakaian sedia dipakai untuk Aidilfitri.
ANTARA koleksi pakaian sedia dipakai untuk Aidilfitri.
NURUL Azween membariskan himpunan stoking tangan dan kaki.
NURUL Azween membariskan himpunan stoking tangan dan kaki.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Butik berkonsepkan vendor dan kafe semakin diterima ramai kerana ia memudahkan pembeli mendapatkan pelbagai barangan menarik di satu tempat.

Pada masa sama, ia memberi peluang kepada pemilik butik dalam talian memperkenalkan koleksi mereka kepada pelanggan dengan lebih mudah dan menjimatkan.

Menurut pemilik Butik Vendora, Nurul Azween Md Jalil, 28, sepanjang menjalankan perniagaan secara dalam talian sejak 2010, ramai pelanggan bertanya mengenai ciri koleksinya.

“Ia memberi saya idea untuk membuka butik bagi memudahkan pelanggan mencuba dan melihat rekaan dengan lebih dekat.

“Sebelum ini saya menjalankan perniagaan secara dalam talian. Selepas yakin dengan kemampuan barulah saya membuka butik sendiri berkonsepkan vendor dan kafe yang semakin popular.

“Saya dapati di Johor belum banyak butik konsep itu dibuka dan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai jenama yang hanya boleh didapati secara dalam talian di satu tempat yang sama.

“Bagi memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan yang akan dibuka, saya mengambil keputusan berhenti kerja pada 2013,” katanya.

Butik vendor dan kafe di Taman Pura Kencana, Sri Gading, Batu Pahat, Johor itu dibuka pada Jun 2014 selepas Nurul Azween memandang serius untuk mengembangkan empayar perniagaannya.

Butiknya menghimpunkan 60 vendor terutama yang beroperasi di Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada pelanggan melihat dengan lebih dekat koleksi jenama digemari.

Pelbagai jenama barangan kecantikan, pakaian dan makanan yang dikenali mahupun baru muncul di pasaran boleh didapati di butiknya dengan mudah.

Pelanggan boleh melihat dan mendapatkan koleksi terkini beberapa jenama pakaian terkenal terutama rekaan musim perayaan seperti Rosscouture dan Ohsemcotton atau barangan kecantikan daripada NinaQeeb, Unick Perfumes serta Safa Ilham.

Butik berkenaan dibuka setiap hari kecuali Isnin bermula 11 pagi hingga 9 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:04 AM