Ryan McGuire yang berusia enam tahun bermain golf 100 lubang mengumpul dana penyelidikan barah selepas rakan sekolahnya meninggal akibat penyakit itu.
Ryan McGuire yang berusia enam tahun bermain golf 100 lubang mengumpul dana penyelidikan barah selepas rakan sekolahnya meninggal akibat penyakit itu.

Norton (Massachusetts): Demi sayangkan rakan sekolah tadikanya yang meninggal dunia akibat barah, seorang kanak-kanak berusia enam tahun bermain golf 100 lubang dalam masa sehari bagi mengumpul dana penyelidikan barah dan dia berjaya meraih AS$25,000.

Ryan McGuire dari Foxborough melengkapkan maraton golf itu Rabu lalu di MGA Links, Norton.

Ryan mendapat idea bermain golf 100 lubang itu bagi memperingati rakannya, Danny Nickerson, yang meninggal dunia April lalu, akibat barah otak melalui ibunya, Cheryl yang menjadi pengarah persatuan Golf Menentang Barah, pertubuhan yang menggalakkan pemain golf menyumbang untuk badan kebajikan barah.

“Saya melakukannya untuk Danny,” kata Ryan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 5:29 PM