RYAN. FOTO MEN/odditycentral
RYAN. FOTO MEN/odditycentral
Agensi

LELAKI dianggap sebagai rakyat Britain yang paling banyak melakukan jenayah selepas dia baru-baru ini dihukum penjara 18 bulan apabila didapati bersalah melakukan kesalahannya yang ke-668.

Sejak berusia 14 tahun lagi, Patrick Ryan, 62, sudah keluar masuk penjara dan dia sudah menghabiskan masa di sebalik tirai besi selama 23 tahun menjelang usianya 50 tahun.

Kerana rekod jenayahnya yang terlalu panjang, polis Accrington di Lancashire turut meletakkan nota supaya kerana tidak mencetak laporan itu bagi mengelak pembaziran kertas.

Ryan merekodkan 469 sabitan daripada 668 kesalahan sekali gus dianggap sebagai penjenayah paling prolifik di Britain.

Dia juga dianggarkan menghabiskan wang kerajaan sebanyak £3 juta (RM16 juta) untuk perbicaraannya di mahkamah sahaja dan tidak termasuk kos yang perlu ditanggung sepanjang berada di penjara.

Ryan merekodkan pelbagai kesalahan daripada mencuri, mencabul, bergaduh, mengganggu ketenteraman awam dan mabuk.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 6:42 PM