HARIFF ceria melepasi garisan penamat.
HARIFF ceria melepasi garisan penamat.

Insiden keracunan makanan membabitkan atlet berbasikal negara kelmarin tidak menghalang Mohd Harrif Saleh untuk mengungguli acara kriterium di Marina Bay South, semalam.

Dalam saingan 15 pusingan dengan jarak hampir 40 kilometer itu, enam pelumba negara mendominasi sejak awal dan ketika 50 meter terakhir, Harrif meluru ke garisan penamat dengan catatan 53 minit 46 saat.

Tempat kedua dimenangi Le Van Duan dari Vietnam manakala gangsa milik Vincent Ang Chin Yong dari Singapura.

Emas yang dimenangi Hariff itu adalah yang pertama dalam acara lebuh raya Sukan SEA selepas Suhardi Hasan memenangi emas perlumbaan lepas beramai-ramai di Manila pada 2005.

“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang membantu sejak awal perlumbaan. Kami tidak berpecah dan kekal berada dalam pasukan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:57 AM