Oleh Junaidi Ladjana

Sandakan: Empat suspek pelancong asing yang dikaitkan dengan kes bogel akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, petang ini, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Terhadulu, beliau menjelaskan, kertas siasatan berhubung kes empat pelancong itu yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu, 30 Mei lalu, sudah diserahkan kepada Pendakwaraya.

Salehhudin berkata, pihaknya masih memburu lagi suspek yang terbabit dalam kes berbogel di puncak Gunung Kinabalu, 30 Mei lalu.

"Kertas siasatan mengenai empat pelancong berbogel sudah diserahkan kepada pendakwaraya hari ini dan polis masih memburu beberapa lagi suspek," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, hari ini.

Pada 30 Mei lalu, 10 pendaki pelancong asing yang menyertai aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bertindak berbogel sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2015 @ 2:10 PM