BOMBA dan ambulans menunggu mangsa dibawa turun.
BOMBA dan ambulans menunggu mangsa dibawa turun.
Oleh Amran Yahya

Kuala Pilah: Seorang pendaki mati dipercayai diserang jantung ketika mendaki Gunung Angsi di Ulu Bendul, di sini.

Difahamkan, ketika kejadian 10 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan sedang mendaki gunung berkenaan bersama empat pendaki lain.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.48 pagi dan jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah ke lokasi bagdi membantu membawa mangsa turun.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dipercayai akibat akibat serangan jantung.

Katanya, anggota bomba sedang berusaha membawa turun mangsa dan mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 2:52 PM