PEKERJA syarikat Perfect bergambar di hadapan sebuah bangunan di The Hague.
PEKERJA syarikat Perfect bergambar di hadapan sebuah bangunan di The Hague.
Agensi

Amsterdam: Sebuah syarikat kosmetik gergasi di China membawa 4,500 pekerjanya bercuti di Belanda sebagai carauntuk menghargai penat lelah mereka.

Syarikat Perfect dilaporkan menyewa 90 bas untuk membawa pekerjanya melancong di beberapa bandar di Belanda selama lima hari.

Kerana terlalu ramai, pekerja berkenaan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan melawat beberapa bandar termasuk The Hague, Delft, Rotterdam, Utrecht dan Amsterdam.

Kementerian Ekonomi Belanda menyambut baik kedatangan kumpulan pelancong berkenaan dan berharap mereka akan memperkenalkan negara itu di China.

Menurutnya, kedatangan pelancong itu meningkatkan ekonomi tempatan sehingga 8 juta euro (RM32.47 juta).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 7:07 AM