PROMES (kiri) bukan sahaja hebat di padang tapi liga melakukan jenayah. FOTO Reuters
PROMES (kiri) bukan sahaja hebat di padang tapi liga melakukan jenayah. FOTO Reuters
Reuters

Amsterdam: Pendakwa raya Belanda berkata mereka sedang mencari penyerang Spartak Moscow, Quincy Promes, yang dikenakan hukuman penjara sembilan tahun kerana mengedar dadah.

Pendakwa raya berkata tahun lalu, bekas pemain antarabangsa itu disyaki terbabit dengan penyeludupan 1,360 kilogram (kg) kokain melalui pelabuhan Antwerp, Belgium ke Belanda dalam dua penghantaran pada 2020.

Promes tidak menghadiri perbicaraan mahkamah di Amsterdam.

Peguamnya memberitahu agensi berita Belanda ANP dia menafikan tuduhan mengimport, mengeksport, mengangkut dan memiliki dadah.

Kokain itu disembunyikan dalam penghantaran garam dari Brazil, kata pendakwa raya.

Rakaman perbualan di telefon menunjukkan bahawa Promes terbabit secara langsung dengan penghantaran dadah ke Antwerp dan pengangkutan serta penjualan selanjutnya, kata mereka.

Dalam satu lagi kes mahkamah Belanda, bekas penyerang Ajax dan Sevilla berusia 32 tahun itu tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan tanpa kehadiran kerana melakukan serangan, berhubung pergaduhan pada 2020 di mana dia menikam lutut sepupunya.

Promes memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Dia kini menetap di Moscow dan tidak pasti dia akan kembali ke Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 4:19 PM