ANTARA bas kilang yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
ANTARA bas kilang yang terbakar. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Empat bas kilang yang diletakkan di tempat letak kereta kawasan perindustrian hangus dalam kebakaran di Jalan Hasil, Kawasan Perindustrian Tampoi di sini, awal pagi tadi.

Sumber bomba dan penyelamat berkata,14 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 3.37 pagi.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian empat bas kilang yang diparkir terbakar.

"Tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran membabitkan bas berkenaan tamat selepas dan berakhir pada 4.37 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 10:42 AM