ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran lori simen. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran lori simen. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Pontian: Lori pembancuh simen hangus dalam kebakaran di Jalan Teratai Kampung Paya Embun, Pekan Nanas di sini, 5.30 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Norizal Mohamad berkata, empat anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus kebakaran berlaku.

"Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran lori pembancuh simen.

"Siasatan mendapati lori berkenaan terbakar hampir keseluruhannya," katanya.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 8:23 PM