Perasaan cinta yang lahir sememangnya sukar dijangka. Justeru, tidak hairanlah apabila ada segelintir pelakon terjebak dengan cinta lokasi.

Begitulah juga dengarnya dengan kisah cinta yang berlaku kepada seorang pelakon ini. SS dimaklumkan pelakon itu terjebak cinta terhadap seorang pekerja belakang tabir.

Bagaimanapun, bidang tugas teman istimewa artis itu tidak pula SS diberitahu. Ini kerana masih terlalu awal untuk hubungan itu diuar-uarkan.

SS mengetahui kisah cinta pelakon itu pun melalui cerita disampaikan seorang teman. Itu pun selepas SS puas memujuk teman berkenaan untuk berkongsi cerita.

Kata teman itu, pelakon itu pun baru putus cinta dan tak sangka pula dia boleh bertemu cinta baru dengan segera. Cuma, sekarang artis itu belum sedia berkongsi cerita.

Kata teman itu, cukuplah kalau hubungan yang baru dijalin berkenaan dilabel sebagai teman tapi mesra. Bukan apa, soal jodoh bukan boleh diramal.

Apapun, SS doakan yang terbaik buat pasangan sejoli ini. Meskipun sekarang ‘teman tapi mesra’, namun SS percaya tetap ada sinar cinta sebenar di sebaliknya.

SS: Suka dengan pepatah tak kenal maka tak cinta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 9:42 AM