Azri Iskandar ketika rakaman filem Rumah Pontianak di Pulau Carey, Banting. FOTO FAIZ ANUAR
Azri Iskandar ketika rakaman filem Rumah Pontianak di Pulau Carey, Banting. FOTO FAIZ ANUAR
Ridzuan Abdul Rahman


Pulau Carey : Pelakon Azri Iskandar, 55, tidak mahu lagi bercerita kisah kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra dengan masyarakat.

Azri ketika ditemui berkata, perkongsiannya berkenaan kisah cinta mereka secara meluas sebelum ini mendapat teguran daripada rakannya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman.

"Saya sebenarnya tak kisah cerita sendiri didramakan. Tiada masalah kerana boleh kongsi. Kebetulan dah banyak pula kisah cinta saya orang tahu. Dah tiada apa nak sembunyikan, jadi baiklah cerita.

"Namun, Azhar Sulaiman marah. Katanya kenapa engkau cerita pasal ada kekasih? Aku kalau sempat jumpa kau Azri, aku tak bagi kau cakap. Nak kahwin nanti baru kau cakap.

"Saya sebenarnya ikhlas nak kongsi dengan peminat, tapi teman wanita yang tak 'rugged', tak 'support' saya, tak nak bagi gambar keluar. Akhirnya saya dituduh gila," katanya di temui di lokasi penggambaran telefilem Rumah Pontianak, di sini, hari ini.

Menerusi telefilem arahan Asri Bay'u ini, Azri turut bergandingan dengan Datuk Syafinaz Selamat, Nasha Aziz, Rusdi Ramli, Jaa Suzuran dan ramai lagi.

Azri yang melakonkan watak Affan berkata, hubungan dengan Azra masih kabur kerana sudah lebih setahun tidak berjumpa.

"Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru (teman wanita) pun tak nak cerita nanti Azhar marah.

"Sebabnya nanti saya kena kecam lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu. Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang.

"Apapun saya takkan rahsiakan kepada semua jika berkahwin semula selepas ini. Saya akan jemput media," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2023 @ 9:23 PM