Oleh Sudirman Mohd Tahir


Bukan saja cantik dan berbakat, malah gadis manis berusia 26 tahun ini bijak orangnya. Sedang orang lain seusia dengannya tercari-cari warna dan jalan hidup sendiri, Noor Neelofa Mohd Noor sudah meluncur jauh dengan 1,001 misi.

Tidak menunggu sesiapa untuk memberi arah tuju, Neelofa memiliki percaturan sendiri. Baginya, itu lebih mendewasakan ketika dia bertatih dan sudah kenal erti berdikari.

Tanpa berlengah dan menanti bulan jatuh ke riba, Neelofa ternyata mahu menjadi yang pertama untuk menggapai bintang di angkasa. Pedulikan cakap-cakap berbaur cemburu dan memperkecilkan kemampuannya, apa yang penting adalah usaha dan doa pada yang Maha Esa.

Bukan mahu mendabik dada, tapi apa yang dilihat kini dia menjadi inspirasi gadis dan wanita hari ini. Kejayaan diraih dengan rangkaian perniagaan dimiliki bukti kerja keras tanpa ada yang memberi.

Selain apa yang diusahakan sendiri, anak jati Kota Bharu, Kelantan ini masih menjadi pilihan produk antarabangsa bagi pasaran tempatan. Terbaru dia dilantik menjadi wajah eksklusif haruman terbaru Lancome bagi pasaran Malaysia. Bagi Neelofa, itu semua rezeki selepas penghijrahannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 6:58 AM