RAMLAN (baju hijau) diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan.
RAMLAN (baju hijau) diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan.
Oleh Nur Saliawati Salberi


Melaka: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas empat pertuduhan mengugut serta mencedarakan ibu dan isterinya, 17 Mei lalu.

Tertuduh, Ramlan Mohd Sanusi, 31, mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Salleh.

Mengikut pertuhan pertama dan kedua tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan parang yang boleh mendatangkan ketakutan kepada Saloma Rupuri, 44, dan Laila Abdullah, 63.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada kedua mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di rumah di Taman Duyong Indah, antara 6 petang hingga 2 pagi, 16 hingga 17 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid dan tertuduh diwakili peguam bela Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) negeri Ishak Mohd Kari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 2:09 PM