LIMA tertuduh mengaku  salah manakala seorang minta dibicarakan.
LIMA tertuduh mengaku salah manakala seorang minta dibicarakan.
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan iaitu menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang anggota polis berpangkat inspektor, Ogos lalu.

Remaja lelaki berusia 17 tahun, bersama empat lagi tertuduh, Mohammad Tarmizi Abdul Aziz, 28, Syukur Shamsudiin, 35, Mohamad Nor Arif Mohd Sabri, 21 dan Ahmed Shahir Mohd Saleh, 26, mengaku bersalah selepas faham atas pertuduhan dikenakan ke atas mereka yang dibacakan jurubahasa di depan Majistret Analia Kamaruddin.

Seorang lagi tertuduh, Faizal Osman, 33, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan minta untuk dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:11 AM