FOTO Faizul Azlan Razak
FOTO Faizul Azlan Razak
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Sebutir bom lama dipercayai jenis mortar ditemui di Pulau Warisan, di sini, 12 tengah malam tadi.

Bom lama itu ditemui seorang anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur sebelum bertindak menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sepasukan pegawai dan anggota termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) IPD Kuala Terengganu bergegas ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan selepas menerima maklumat itu.

"Hasil siasatan mendapati bom jenis mortar sepanjang 30 sentimeter itu ditemui di kawasan tapak projek di kawasan berkenaan.

"Bom lama itu berjaya dimusnahkan oleh UPB IPD Kuala Terengganu kira-kira 9.15 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 4:25 PM