RUMAH agam yang diceroboh Courtney Wilson dan Shenita Jones. FOTO Zola, Realtor
RUMAH agam yang diceroboh Courtney Wilson dan Shenita Jones. FOTO Zola, Realtor
Agensi

Miami: Impian pasangan dari Florida, Amerika Syarikat (AS) untuk melangsungkan majlis perkahwinan di rumah agam bernilai jutaan dolar, dekat, sini tidak kesampaian apabila dikejutkan dengan kehadiran pemilik kediaman itu.

Akibatnya, majlis itu tidak dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Akhbar Sentinel melaporkan pengantin lelaki, Courtney Wilson pada awalnya mengunjungi kediaman itu beberapa kali, mengambil gambar dan berpura-pura berminat untuk membelinya.

Kediaman itu dikatakan bernilai AS$ 5.7 juta (kira-kira RM23.4 juta) dan dilengkapi gelanggang tenis, kolam renang, bilik teater, sembilan bilik tidur serta 15 bilik mandi

Dia dan pasangannya, Shenita Jones yang menggelarkan diri mereka sebagai pasangan diraja beranggapan tiada yang tinggal di kediaman itu.

Jadi mereka mengundang tetamu ke majlis perkahwinan ke rumah agam itu, dengan acara koktel karpet merah pada Sabtu petang dan sarapan pagi Ahad.

Malangnya, tindakan mereka itu diketahui pemilik kediaman, Nathan Finkel, yang datang mengejut pada Sabtu ketika mereka membuat persiapan mengadakan majlis berkenaan.

"Ada orang menceroboh kediaman saya dan mereka mengadakan perkahwinan.

"Saya tidak tahu apa yang sedang terjadi, tetapi apa saya mahukan semua itu dihentikan," katanya.

Polis yang tiba di tempat kejadian tidak menahan pasangan itu sebaliknya mengarahkan mereka dan tetamu bersurai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 6:45 AM