PELAJAR ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pelajar yang maut ditendang senior. FOTO Syamsi Suhaimi
PELAJAR ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pelajar yang maut ditendang senior. FOTO Syamsi Suhaimi
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Bachok: Mahkamah Majistret Bachok membenarkan permohonan polis untuk menahan reman selama tujuh hari pelajar lelaki, 17, bagi membantu siasatan kes pelajar yang maut ditendang senior, semalam

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Mei ini dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelajar kolej dekat sini maut selepas ditendang pelajar senior sebanyak dua kali di bahagian leher kanan hanya kerana tidak memberi senyuman dan tidak menghormati pelajar senior.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa Mohd Nur Akram Zime, 16, disahkan maut selepas saluran darah ke bahagian otak putus.

Suspek kemudian ditahan pada 12.30 tengah hari di luar kolej itu untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan:

Maut disepak sebab tak senyum: http://hmtro.com/1e0tNE3

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 12:35 PM