KASUT sarung tapak rendah dengan ciri-ciri keselesaan.
KASUT sarung tapak rendah dengan ciri-ciri keselesaan.

Sepatu walaupun rekaan yang dihasilkan mengikut perkembangan fesyen semasa, hakikatnya individu tetap memilih kasut yang menjanjikan keselesaan ketika berjalan.

Malah, mengikut laporan dikeluarkan jenama kasut terkenal Hong Kong, antara 75 hingga 80 peratus golongan dewasa mengalami masalah berkaitan kaki. Tetapi kebanyakannya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar untuk mengatasinya.

Laporan sama menyebut, kasut dipakai seseorang mempunyai kesan cukup besar dalam menampung lutut dan mampu menentukan kualiti hidup seseorang. Sedikit kesan buruk ke atas kaki boleh memberi kesan besar kepada lutut. Ia mengakibatkan bahagian sendi itu sakit dan tidak selesa. Akibatnya, wanita tidak mampu berjalan dalm tempoh yang panjang, sekali gus mengganggu rutin harian mereka.

Selain itu, faktor cuaca yang panas dan lembap menyebabkan kasut hilang elastiknya berpunca daripada kemerosotan bahan sintetik yang menyebabkan sebatian getah mudah tanggal dan hancur. Jika dipakai setiap hari ia akan mengurangkan jangka hayat kasut.

Sempena Hari Ibu, jenama kasut Dr Kong yang mementingkan keselesaan pengguna kini melancarkan kasut secara berpasangan untuk ibu dan anak perempuan mereka. Istimewanya rekaan Dr Kong apabila dilengkapi bahagian atas dengan fabrik lembut dan selesa bagi membolehkan fleksibiliti ketika berjalan.

Dihasilkan dengan ciri lebih ringan dan tahan lasak, kasut bertumit amat diperlukan untuk menambah keyakinan. Dengan teknologi pembuatan bagi menstabilkan bahagian tumit dan tulang kaki, kasut bertumit ini sesuai dipakai ke pejabat dan acara santai.

Bagi penggemar baji, Dr Kong mengeluarkan kasut baji yang lebih sistematik dengan kusyen tambahan bagi mengelak kesakitan ketika berjalan. Ia pasti memberikan langkah lebih bergaya kepada anda dan juga si kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 5:08 AM