Oleh Rudy Imran Shamsudin


Saat peminat heboh memperkatakan kisah cinta Tasha Shila, 27, dengan ahli sukan tinju Muay Thai, Han Chen Wong (Hans), 24, putus di tengah jalan, pelakon jelita itu memilih ibunya sebagai peneman di majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014), baru-baru ini.

Kehadirannya pada malam itu turut memperlihatkan perubahan besar pada fizikal dirinya yang semakin kurus, membuatkan ramai pihak membuat telahan Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 'makan hati' disebabkan putus cinta.

Ibunya, Rosnah Suratman ketika ditemui di ABPBH2014 memberitahu rakan media, anaknya kini 'melara jiwa' tetapi enggan bercerita panjang mengenainya.

Isu itu turut mengheret nama penyanyi Kaka Azraf yang didakwa menjadi punca. Bagaimanapun, Tasha sebelum ini menegaskan, dia tidak mahu memberi komen mengenainya.

Lama juga pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Gemilang itu mengambil pendirian untuk tidak memberi komen membabitkan apa yang berlaku antara dia dan Hans.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mei 2015 @ 7:04 AM