Tasha nafi terluka.
Tasha nafi terluka.
Oleh Rudy Imran Shamsudin


Kuala Lumpur: Pelakon,Tasha Shila menafikan percutian bersama Nabila Huda ke Bangkok, Thailand baru-baru ini kerana membawa hati yang luka kerana putus cinta.

Sebelum ini, timbul kontroversi hubungan cinta tiga segi antara kekasihnya juga seorang ahli sukan tinju Muay Thai, Hans Chen Wong atau Hans dan penyanyi Kaka Azraf yang didakwa cuba merampas ahli sukan itu daripada pelakon terbabit.

Dakwaan itu mengejutkan memandangkan Tasha dan Kaka bersahabat baik. Penyanyi yang popular dengan lagu Infiniti Cinta itu bagaimanapun menafikannya

Ditemui sewaktu menjayakan program Drama Festival Kuala Lumpur 2015 di Balai Berita, di sini, petang tadi, Tasha menjelaskan perkara itu tidak benar.

"Saya ke Bangkok kerana menemani Nabila untuk membeli barang dan bukan sebab mahu menenangkan jiwa kerana kecewa putus cinta," katanya.

Tasha menjelaskan hubungannya bersama Hans berjalan seperti biasa dan mereka tidak pernah memberikan kenyataan sudah putus.

"Biasalah hubungan cinta ini ada pasang surutnya. Orang yang sudah berumahtangga pun sering berselisih faham," katanya.

Ditanya lanjut akan kedudukan hubungannya sekarang bersama Hans selepas kontroversi cinta tiga segi ini ditimbulkan, Tasha menyerahkan segalanya pada jodoh.

Mengenai penafian dibuat Kaka dan status persahabatannya dengan penyanyi itu, Tasha bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 6:51 PM