Anyeonghaseyo!!! Menjadi filem adiwira yang sentiasa dinanti-nantikan seluruh pengikut layar perak dunia, sekuel terbitan Marvel iaitu Avengers sememangnya tidak pernah mengecewakan.

Dilancarkan sekuel terbarunya, Avengers: Age of Ultron baru-baru ini, hala tuju ceritanya seperti biasa berubah berbanding sekuel terdahulu. Bagaimanapun, masih menghiburkan, elemen kejutan yang ditampilkan tidak pernah gagal.

Apapun, paling menarik semestinya kehadiran watak Doktor Helen Cho Dari Korea Selatan selain babaknya banyak dibuat di negara itu. Jelas, Korea kini sudah menambat hati ramai pembikin filem Barat.

Amat meyakinkan dan sebenarnya mengagumkan, persembahan Claudia Kim menerusi watak Helen itu seharusnya layak dipuji. Tidak sia-sia dirinya disunting untuk menjadi antara peneraju sekuel terbaru itu dan hasilnya, pasti penonton seluruh dunia mula mencari maklumat mengenai dirinya.

Ulzzang! minggu ini dimulakan dengan kisah kesedihan terpendam seorang anggota kumpulan T-ara iaitu Eunjung. Rupa-rupanya, dalam pada melihat senyumannya menikmati populariti, kehidupan peribadinya tidaklah seindah mana.

Bahkan, khabar angin ada tersebar bahawa penyanyi terbabit kena buli pula. Tampil berkongsi mengenai kehidupan peribadinya untuk program 4 Things Show, jelas banyak perkara mahu diperkatakannya.

“Setiap kali tampil dalam sesebuah rancangan televisyen, saya sangat curiga bagaimana agak-

nya penonton akan melihat saya. Tapi terus terang untuk rakaman sekarang ini, minda saya sebenarnya berada dalam keadaan tenang,” katanya.

Namun jelas masih berhati-hati, Eunjung turut membuat satu kenyataan sebelum terpancar kesedihan emosinya terutama sekali bercerita mengenai kesusahan dialami pada masa lalu.

“Antara semua kebenaran yang sudah sedia diketahui umum, bukan semua perkara sebenarnya betul,” ringkas saja kenyataannya.

Dalam episod berkenaan, beberapa artis yang cukup rapat dengannya turut diundang memberikan pendapat mengenai Eunjung termasuklah aktor Baek Sung Hyun, Hyomin T-ara, dan Yang Jiwon (SPICA).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 11:33 AM