KEADAAN kereta  yang remuk selepas bertembung dengan  lori di Jalan Bukit Gambir, Sengkang.
KEADAAN kereta yang remuk selepas bertembung dengan lori di Jalan Bukit Gambir, Sengkang.
Oleh Hai Rozzaman Jalal

Ledang: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang, Bukit Gambir di sini, parah manakala dua lagi cedera ringan apabila Perodua Alza dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Gambir, Sengkang berhampiran Batu 18 Sengkang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua murid terbabit bersama seorang guru dalam perjalanan ke SK Abdullah di Sungai Mati untuk menyertai pertandingan bola tampar yang diadakan di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga murid iaitu Nur Shafiqah Nor Azman, 12, patah kaki kiri; Siti Nurul Shafiqah Kasim, 12, patah tulang rahang, cedera di muka dan mulut manakala Afiq Zahran Zamri, 10, luka di mulut dan hidung.

Katanya, ketiga-tiga murid berkenaan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2015 @ 9:22 AM