Oleh Redzuan Muharam

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyerahkan kepada pihak berkuasa Nepal untuk menentukan sama ada misi pendakian enam pendakinya di Gunung Everest diteruskan atau sebaliknya susulan kejadian gempa bumi di negara itu, petang semalam.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata, pihaknya yakin pihak berkuasa di negara itu boleh membuat keputusan yang sewajarnya dengan mengambil kira faktor keselamatan dan UTM akan terus berhubung dari masa ke semasa.

Menurut Wahid, keselamatan pendaki adalah keutamaan UTM dan beliau turut mendoakan agar kesemua mereka berada dalam keadaan baik.

Wahid ditemui selepas majlis Konvekesyen UTM Ke-54 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai, di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 12:34 PM