THNG (duduk kanan) menandatangani MoU.
THNG (duduk kanan) menandatangani MoU.

Kuala Lumpur: United Overseas Bank Limited (UOB) Singapura dan Agensi Pelaburan Asing (FIA) Vietnam akan membantu syarikat perniagaan di Asia Tenggara melebarkan sayap menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan meningkatkan pelaburan langsung asing serta perdagangan antara Vietnam dan Asia Tenggara.

Pengarah Eksekutif UOB Vietnam, Thng Tien Tat berkata, FIA akan membantu pelanggan UOB mencari peluang berkembang ke destinasi pelaburan utama di Vietnam, seperti Ho Chi Minh, Hanoi, Da Nang, Phu Quoc, Can Tho dan Hai Phong yang sedang pesat membangun.

“Ini adalah peluang dan laluan ke atas syarikat perniagaan di rantau ini untuk berkembang ke tahap lebih tinggi. Ianya mengandingkan pengukuhan rangkaian serantau UOB yang sudah kian lama wujud dan rakan sejawat FIA dalam membantu syarikat merealisasikan wawasan.

“Di Vietnam, penduduk bandar semakin bertambah sudah mewujudkan peluang perniagaan untuk syarikat yang datang dari Asia khususnya dalam sektor pembuatan, pertanian, minyak dan gas serta pelancongan, ” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang dan Menteri Perancangan dan Pelaburan Vietnam, Bui Quang Vinh.

UOB diberikan mandat oleh Kementerian Perancangan dan Pelaburan Vietnam untuk memudahkan pelaburan langsung asing ke Vietnam dan bagi memudahkan proses perkembangan syarikat terbabit menyeberangi sempadan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 1:29 PM