FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Gua Musang: Pemandu lori berusia 37 tahun maut manakala kelindannya cedera dalam kemalangan di Kampung Kuala Betis, Gua Musang, 4.30 petang tadi.

Mangsa, Mohd Tarmizi Mohd Naim, 37, bersama ayahnya, Mohd Naim Mat Zain, 58, yang juga kelindan lori dalam perjalanan dari Kuala Betis ke Gua Musang untuk menghantar kayu balak.

Ketua Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Ahmad Nordin Ibrahim, berkata ketika sampai di lokasi kejadian lori dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum masuk ke dalam sungai.

Katanya, mangsa tersepit di ruang tengah lori dan maut di lokasi kejadian.

“Ayah mangsa pula yang cedera dan sempat diselamatkan orang ramai.

“Sebaik mendapat panggilan, bomba ke tempat kejadian dan mengambil 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Jasad dan lelaki yang cedera itu dihantar ke Hospital Gua Musang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2015 @ 10:52 PM