FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Junaidi Ladjana


Penampang: Lori tangki muatan diesel terbalik di Jalan Penampang-Tambunan berdekatan Dewan Moyog, dekat sini, menyebabkan tumpahan minyak berlaku di kawasan berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.50 pagi itu, pemandu lori berusia 30-an hanya mengalami cedera ringan dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Penampang dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan.

"Anggota bomba membersihkan kawasan tumpahan minyak di jalan raya sementara menunggu pihak pengurusan Petronas ke lokasi kejadian.

"Keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 5:17 PM