Junaidi Ladjana


Penampang: Mayat lelaki ditemui tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan berhampiran Jalan Kampung Baru, Luyang, dekat sini, petang tadi.

Mangsa berusia 37 tahun ditemui penduduk kampung kira-kira jam 2 petang sebelum melaporkan kepada polis.

Mayat ditemui tergantung menggunakan tali pinggang dan tuala kecil serta lengkap berpakaian.

Turut ditemui di lokasi kejadian dompet dipercayai milik mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat turut berada di lokasi kejadian untuk menurunkan mayat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 6:02 PM
Mayat lelaki ditemui tergantung di dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Baru. FOTO Mohd Adam Arinin
Mayat lelaki ditemui tergantung di dahan pokok di kawasan hutan di Kampung Baru. FOTO Mohd Adam Arinin