Manila: Ribuan tentera Amerika Syarikat dan Filipina memulakan latihan perang hari ini, sekali gus menunjukkan kesepakatan pertahanan antara kedua-dua negara ketika isu berkait dengan aktiviti China di Laut China Selatan semakin meningkat.

Walaupun latihan 10 hari itu adalah acara tahunan, namun kali ini ia membabitkan jumlah askar yang dua kali ganda lebih ramai berbanding biasa.

Filipina berusaha mendapatkan lebih banyak sokongan ketenteraan dan dipomatik daripada Amerika Syarikat bagi menghadapi China yang berusaha meluaskan pengaruhnya di kawasan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

Dalam wawancara minggu lalu, Presiden Benigno Aquino berkata, latihan itu yang digelar Balikatan (Bahu ke Bahu) tidak ditujukan kepada China. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 April 2015 @ 7:50 AM