MUMIA yang dipercayai berusia lebih 900 tahun ditemui Miramontes.
MUMIA yang dipercayai berusia lebih 900 tahun ditemui Miramontes.

Trujillo (Peru) Seorang tukang sapu yang bimbang mayat yang ditemuinya mangsa pembunuhan sebenarnya mumia yang berusia menjangkau 900 tahun.

Mumia itu yang dipercayai wujud sejak tahun 1,100, ditemui tukang sapu berkenaan di barat laut Peru dalam keadaan terikat dan diletakkan dalam kotak di depan di bandar Trujillo.

Pihak berkuasa percaya mumia terbabit dicuri dari kawasan arkeologi di Chan Chan yang pernah menjadi ibu negara Empayar Chimu.

Empayar itu wujud di kawasan pantai Peru sekitar 1100.

Tukang sapu, Otilio Padilla Miramontes, 54, berkata: “Ia kelihatan seperti kotak biasa yang dibuang di jalan raya. Saya menemuinya awal pagi ketika menyapu jalan raya di Trujillo.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:24 AM