Agensi

Lima: Penggalian ahli arkeologi di tapak pembuangan sampah di ibu negara Peru, baru-baru ini, menemui mumia berusia 3,000 tahun.

Mumia berkenaan ditemukan penuntut Universiti San Marcos, yang membantu kerja penggalian.

Pada mulanya, penuntut terbabit ternampak rambut dan tengkorak mumia itu.

Ahli arkeologi, Miguel Aguilar berkata, mereka mengalihkan lapan tan sampah dari lokasi sebelum melakukan pencarian secara berhati-hati.

"Mumia itu diletakkan di dalam kubur di tengah-tengah kuil berbentuk U.

"Ia dibalut dengan kain yang diperbuat daripada kapas dan serat sayuran.

"Kerangka itu memperlihatkan ciri budaya Manchay pada era formatif yang wujud kira-kira 3,000 tahun lalu," katanya.

TAPAK penggalian yang menemui mumia berusia 3,000 tahun. FOTO Reuters
TAPAK penggalian yang menemui mumia berusia 3,000 tahun. FOTO Reuters

Ahli arkeologi berkata, mumia itu adalah korban semasa fasa terakhir pembinaan kuil terbabit.

Orang Manchay wujud antara lima zaman moden bermula abad ke 1,500 hingga 1,000 sebelum masihi.

Mereka terkenal kerana membina kuil berbentuk U yang berorientasikan ke arah matahari terbit.

Mumia diamalkan pelbagai budaya di kawasan yang kini dikenali sebagai Peru, sebelum kedatangan penakluk Sepanyol yang mengembara ke benua Amerika.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 12:20 PM