KENDERAAN membawa jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mula bergerak ke Masjid Tun Razak, Ampang. FOTO Siraj Mohd Zaini
KENDERAAN membawa jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mula bergerak ke Masjid Tun Razak, Ampang. FOTO Siraj Mohd Zaini
Oleh Siraj Mohd Zaini dan Mohd Hanafis Haris

Kuala Lumpur : Jenazah Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur pada 11.35 pagi tadi ke Masjid Taman Tun Abdul Razak, Ampang, untuk solat jenazah.

Allahyarham kemudian akan dibawa pulang ke rumahnya di The Mines, Seri Kembangan sebelum dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan Masjid Negara, di sini, selepas solat Asar.

Kenderaan yang membawa jenazah turut diringi pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, polis serta ahli keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 April 2015 @ 11:41 AM