Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) RM20 terhadap kenderaan Singapura dijangka mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata segala perancangan untuk melaksanakan sistem berkenaan berjalan lancar selain menganggap bayaran dikenakan relevan.

“Perkara ini pertama kali dilaksanakan sudah tentunya mengambil masa termasuk dari aspek pemasangan sistem dan pemerolehan," katanya pada sidang media selepas perasmian Funride & Criterium sempena Jelajah Kemahkotaan Johor 2015 di Dataran Bandaray, di sini, hari ini.

Terdahulu, Aziz dilaporkan sebagai berkata kadar bayaran VEP berkenaan berbeza dengan kaedah yang dilaksanakan oleh Singapura yang hanya mengenakan bayaran pada hari biasa iaitu dari 2 pagi hingga 5 petang.

Katanya, sistem pembayaran berkenaan akan menggunakan kad Touch n Go dan sekiranya sistem VEP berjaya, kerajaan bercadang memperluaskannya di semua pintu masuk di sempadan negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 11:03 AM