ANTARA perunding Unit Anti Pencatutan KPDNKK) menjawab pertanyaan daripada pengguna di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham  Mohd Noor
ANTARA perunding Unit Anti Pencatutan KPDNKK) menjawab pertanyaan daripada pengguna di Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran keras kepada peniaga yang sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga dengan melampau bersempena pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata, sebarang aduan boleh dikemukakan kepada kementerian melalui Pusat Gerakan Anti Pencatutan (P-GAP) di talian bebas tol 1-800-866-800.

"Kita tidak mahu peniaga sengaja menjadikan GST sebagai alasan menaikkan harga sesuka hati sehingga membebankan pengguna.

" Orang ramai boleh membuat aduan mereka ke P-GAP pada bila-bila masa berhubung masalah kenaikan harga tidak munasabah dan berbeza daripada ketetapan yang diberikan kementerian," katanya ketika sidang media selepas melakukan tinjauan bersempena Ops Catut di pasaraya besar di City Mall, di sini, hari ini.

Hasan berkata, untuk rekod, KPDNKK sudah menjalankan pemeriksaan terhadap 591,294 premis perniagaan di seluruh negara bersempena Ops Catut sejak 15 Januari hingga 30 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 1:53 PM