PENUMPANG perkhidmatan komuter di stesen KTM Batu Caves. FOTO fail NSTP Chan Wai Yew
PENUMPANG perkhidmatan komuter di stesen KTM Batu Caves. FOTO fail NSTP Chan Wai Yew
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Pelaksanaan semakan tambang baru untuk perkhidmatan bas ekspres dan komuter ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, bagaimanapun, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri juga, semakan tambang baru untuk perkhidmatan teksi seperti diumumkan pada 19 Mac lalu akan diteruskan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khamis lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta merta, manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini.

Pada masa sama, KTM Berhad (KTM) pada hari sama turut mengumumkan kadar tambang baru bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10, berkuat kuasa 1 Mei.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 8:13 PM