Oleh Ibrahim Isa

Muar: Seorang warga emas wanita ditemui lemas di tebing Sungai Muar di sini, selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Kedua Muar, kira-kira 1 petang tadi.

Mayat wanita itu ditemui seorang nelayan yang kebetulan sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Mangsa dikenali sebagai Chiew Lua, 65, dikatakan menghadapi kemurungan dan keluar dari rumah di Jalan Bakariah untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, orang ramai yang melalui Jambatan Kedua Muar mula berkumpul selepas melihat seorang warga emas terjatuh ke sungai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 6:22 PM