KEADAAN motosikal dan van yang terbabit kemalangan di Kampung Binjai Bongkok, Marang. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
KEADAAN motosikal dan van yang terbabit kemalangan di Kampung Binjai Bongkok, Marang. FOTO Khairul Hamizy Ramlee
Oleh Khairul Hamizy Ramlee


Marang: Seorang warga emas lelaki maut selepas diseret lebih 50 meter oleh van dalam kemalangan di Kampung Binjai Bongkok di sini, 7.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Sidek Puteh, 73, yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas kedai makan berhampiran yang ingin dituju tutup.

Bagaimanapun, belum sempat sampai di rumah van merempuhnya dari belakang hingga mangsa terseret lebih 50 meter di laluan berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di seluruh badan sebelum meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong di sini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 7:31 PM