DUA kapal yang ditahan APMM di Tanjung Piai.
DUA kapal yang ditahan APMM di Tanjung Piai.
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Dua kapal bersama 31 kru warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas disyaki melakukan pemindahan minyak di perairan Tanjung Piai, Pontian, 3 petang semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah 6, Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, mereka juga didapati tidak memaklumkan ketibaan kapal di perairan negara ini,gagal membayar dius api dan disyaki memalsukan dokumen berkaitan pemindahan minyak oleh Jabatan Laut Malaysia.

Menurutnya, ketika ditahan kapal MT Bro Vario yang berdaftar di Pelabuhan Klang, Selangor itu sedang memindahkan minyak ke kapal MT Tiger Star berdaftar di Singapura.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 6:09 PM