ELIZA (kiri) pada pelancaran RHB-OSK Enterpreneur, semalam.
ELIZA (kiri) pada pelancaran RHB-OSK Enterpreneur, semalam.

Kuala Lumpur: RHB Asset Management Sdn Bhd (RHBAM) anak syarikat RHB Investment Bank Bhd, dijangka meraih dana pelaburan RM200 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang bersandarkan pengenalan produk RHB-OSK Enterpreneur.

RHB-OSK Enterpreneur produk dana yang dibentuk hasil kerjasama RHBAM dan Tokio Marine Asset Management International Pte Ltd untuk dilaburkan ke dalam syarikat tersenarai di Bursa Jepun.

Pengarah Urusannya, Eliza Ong berkata, pelabur dana berkenaan berpeluang untuk melabur ke dalam pelbagai syarikat usahawan di Jepun dan Asia yang mana 50 peratus daripada dana diperoleh dilaburkan ke dalam syarikat berpotensi di Jepun.

Beliau berkata, pihak pengurus dana akan melabur sekurang-kurangnya lebih lima peratus ke dalam syarikat sekuriti yang mempunyai ciri kukuh perniagaan.

“Dana pelaburan sekuriti ini juga dilaksanakan dari pelbagai negara di Asia antaranya Hong Kong, China, Korea Selatan, Taiwan, India, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia.

“Dengan kerjasama antara RHBAM dan Tokio Marine, pelabur akan dapat menikmati kemampuan kami dalam pelaburan rantau Asean dan Jepun,” katanya pada pelancaran RHB-OSK Enterpreneur di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:08 AM