TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di pelancaran reka bentuk pembangunan Fastrackcity di Pinewood Studios, Iskandar Puteri. FOTO Asyraf Hamzah
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di pelancaran reka bentuk pembangunan Fastrackcity di Pinewood Studios, Iskandar Puteri. FOTO Asyraf Hamzah
Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Iskandar Malaysia bakal memiliki bandar sukan permotoran asia terulung apabila litar bertaraf dunia bakal dibangunkan di kawasan 120 hektar yang dijangka siap pada 2019.

Digelar sebagai Fastrack City, ia memiliki litar sepanjang 4.45 kilometer dan menepati kelayakan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Gred 1 serta Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Gred A Litar Antarabangsa.

Lebih menarik ia mendapat sentuhan pereka litar terkenal dunia, Herman Tilke yang merangkumi rekaan trek berbukit, litar go-kart antarabangsa bergred A, selain 'Advanced Handling Park' yang menyeluruh untuk keselamatan jalan raya.

Terletak di pintu masuk Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, kira kira 10 minit dari Link Kedua Tuas dibangunkan dengan kerjasama FASTrack Iskandar Sdn Bhd (FASTrack Iskandar) melalui FASTrack Autosports (Iskandar) Pte Ltd dan usahasama dengan UEM Land Berhad melalui anak syarikatnya, UEM Sunrise.

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani plak ketika majlis pelancaran reka bentuk pembangunan Fastrackcity di Pinewood Studios, Iskandar Puteri. FOTO Asyraf Hamzah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim melancarkan majlis Pelancaran Logo dan Rekabentuk Fastrack City di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Ismail Ibrahim, dan Pengarah FASTrack Iskandar Sdn Bhd, Barry Kan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 1:35 PM