Syanty Octavia Amry


Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.

Semuanya berlaku selepas drama bersiri lakonan mereka berjudul Suamiku Encik Sotong mendapat sambutan hangat penonton.

Amyra ketika bertemu baru-baru ini mengakui, mereka memang rapat tetapi sekadar hubungan rakan sesama pelakon.

"Kami serasi berlakon bersama. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama, namun disebabkan watak berlainan tiada pula yang mengaitkan kami.

"Selepas Suamiku Encik Sotong, orang mula bercakap-cakap seolah-olah kami ada hubungan istimewa. Saya anggap itu semua gosip semata-mata," katanya kepada RAP.

Mereka yang bakal digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam sebuah lagi drama berjudul Cik Bunga dan Cik Sombong dan dalam masa yang sama Amar turut melantik ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad sebagai pengurusnya membuatkan hubungan itu kelihatan lebih intim.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 6:52 AM