Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kerajaan mengumumkan inisiatif baru dibawah Digital Malaysia iaitu eRezeki untuk meningkatkan pendapatan rakyat yang tergolong dalam kategori 40 peratus bahagian bawah piramid pendapatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif eRezeki itu bertujuan melatih 400,000 individu supaya mereka mampu memperoleh pendapatan tambahan RM6,000 setahun menjelang 2020.

"Projek eRezeki akan menghubungkan komuniti B40 dengan pendapatan dari sektor digital tempatan dan global.

"eRezeki yang akan dilancarkan tidak lama lagi mampu memberi impak positif kepada isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar," katanya ketika berucap selepas mempengerusikan mesyuaratMajlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) ke-26 di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 1:29 PM