KEADAAN kereta yang terputus dua selepas merempuh pokok. FOTO Junaidi Ladjana
KEADAAN kereta yang terputus dua selepas merempuh pokok. FOTO Junaidi Ladjana
Oleh Junaidi Ladjana

 

Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pokok di Jalan Pintas Hospital Queen Elizabeth (HQE) berhampiran Kampung Kampung Kopungit, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, penumpang hadapan, Mokthar Mustari, 20, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi termasuk pemandu parah dan dikejarkan ke HQE untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama dua rakannya itu dari arah bandar raya menuju Kepayan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh pokok menyebabkan kenderaan remuk teruk.

"Penumpang hadapan yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu terpelanting keluar dari kenderaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2015 @ 11:07 AM