Puteri Sarah Liyana
Puteri Sarah Liyana
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.

Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan surat tuntutan kepada wanita itu, semalam.

"Semalam, saya menerusi peguam menyerahkan satu lagi 'letter of demand' atau surat tuntutan kepada individu sama.

"Jadi, sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Puteri Sarah menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap seorang pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira.

Ia selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan sebelum ini dan perlu menanggung padahnya.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Pihak berkenaan juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara berkenaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 6:01 PM