Maut ditembak dalam MPV. FOTO Hadzlihady Hassan
Maut ditembak dalam MPV. FOTO Hadzlihady Hassan
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Seorang lelaki maut selepas ditembak ketika berada dalam MPV berhampiran lampu isyarat di Jalan Scotland, di sini, malam ini.

Kejadian berlaku pada 9.30 malam ketika lelaki yang masih belum diketahui identiti itu dalam perjalanan pulang dari sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Menurut sumber, suspek dipercayai dua lelaki menunggang motosikal dengan seorang daripadanya melepaskan kira-kira tujuh das tembakan.

"Mangsa maut dalam kenderaannya dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Usaha memburu suspek masih dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 10:51 PM