AFP

London: Meraih inspirasi daripada kemenangan besar 5-3 ke atas Chelsea pada tahun baru, Tottenham Hotspur akan cuba menjejaskan rancangan Jose Mourinho memenangi final Piala Liga Inggeris, malam ini.

Chelsea menikmati kejayaan ke atas jiran London mereka sejak beberapa tahun kebelakangan, namun rentetan 10 perlawanan tanpa kalah berakhir di White Hart Lane pada 1 Januari lalu apabila Tottenham yang dikemudi pemain muda berbakat berusia 21 tahun, Harry Kane mengamuk ke atas lawan mereka.

Kemenangan di Stadium Wembley malam ini akan membantu Mourinho merampas semula trofi yang kali pertama dimenanginya sebagai pengurus Chelsea pada 2004-05, namun rakan sejawatnya di Tottenham, Mauricio Pochettino akan tampil dengan pendekatan tanpa perasaan rendah diri.

“Kami menang menentang Chelsea pada 1 Januari lalu dan adalah penting kami yakin dengan keupayaan sendiri,” kata pengendali dari Argentina itu, yang berharap dapat menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa trofi sejak Spurs menang ke atas Chelsea pada final Piala Liga 2008.

“Jika anda lihat perlawanan itu, persembahan kami hampir sempurna dan kami bermain dengan amat bagus. Kami perlu mengulangi persembahan sama jika mahu menjulang trofi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:23 AM