KAMRANDIN menunjukkan video bumbung rumah kedai dipukul ribut.
KAMRANDIN menunjukkan video bumbung rumah kedai dipukul ribut.
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: “Anak jiran saya sedang bermain permainan video dan sempat merakamkan ribut yang berlaku semalam (kelmarin),” kata Kamrandin Din Muhmad, 59, penduduk di Perumahan Rakyat Lima Kedai di Gelang Patah, di sini, semalam.

Rakaman ribut yang berlaku jam 4.25 petang kelmarin menjadi viral di laman sosial dan disifatkan paling buruk berlaku di kawasan perumahan itu sejak 10 tahun lalu.

Kamrandin berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar bersama keluarganya di Kempas dan sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat kawasan perumahan, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian itu.

Katanya, dia bergegas ke tempat kejadian dan tergamam kerana atap genting berselerakan selain siling kedai makannya tercabut.

“Saya diberitahu jiran kejadian berlaku sekitar 10 minit sebelum angin ribut bertukar haluan dan menyebabkan atap genting serta siling kebanyakan rumah kedai bertaburan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 7:39 AM