Jam tangan pintar dan premium? Anda mungkin boleh mendapatkannya dengan Android Wear pertama LG, Urbane Watch yang menggunakan paparan OLED bersaiz 1.3 inci rekaan bulat penuh.
Ia mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding G Watch R dan lebih menarik lulus pensijilan IP67 yang mengiktirafnya sebagai peranti kalis debu dan air.
Bagi mengekalkan rekaan elegan, LG memadankan Urbane Watch dengan tali jam tangan yang diperbuat dari kulit asli malah menggunakan ukuran standard tali jam tangan selebar 22mm standard yang membolehkan pengguna menukarnya kepada mana-mana tali jam tangan biasa.
INFO
LG URBANE WATCH
- Harga: Tidak diperoleh
- CPU: Qualcomm Snapdragon 400 1.2GHz
- OS: Android Wear
- Paparan: 1.3 inci P-OLED (320 x 320, 245ppi)
- Dimensi: 45.5 x 52.2 x 10.9 mm
- Setoran: 4GB eMMC / 512MB LPDDR2
- Bateri: 410mAh
- Sensor: 9-Axis (Gyro / Accelerometer / Compass) / Barometer / PPG (Sensor Degupan Jantung)
- Warna: Emas, Perak