KELONGSONG bom mortar yang ditemui nelayan pagi tadi. FOTO Mohd Hilmie Hussin
KELONGSONG bom mortar yang ditemui nelayan pagi tadi. FOTO Mohd Hilmie Hussin
Oleh Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Penduduk dan pengunjung Pantai Puteri, Tanjung Keling, di sini, gempar dengan penemuan dua kelongsong bom mortar pagi tadi.

Bom mortar 60 milimeter (mm) itu ditemui nelayan kira-kira jam 8 pagi lalu menghubungi polis.

Dipercayai mortar itu milik anggota pasukan keselamatan yang melakukan latihan di tengah laut dan tidak membahayakan kerana hanya kelongsong.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan penemuan itu berkata, bom mortar terbabit akan diserahkan kepada muzium polis untuk pameran dan latihan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Februari 2015 @ 2:49 PM