JENAZAH dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raleigh.
JENAZAH dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raleigh.
Agensi

North Carolina: Lebih 5,000 orang semalam menghadiri pengebumian tiga penduduk Muslim Chapell Hill yang ditembak mati beberapa hari lalu.

Polis menganggarkan 5,500 orang hadir dan jumlah luar biasa itu memaksa solat jenazah dialihkan dari masjid ke padang sukan universiti yang terletak berhampiran.

Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 dan adik perempuan Yusor, Razan, 19, ditemui mati Selasa lalu di rumah pasangan terbabit berhampiran kampus Universiti North Carolina di Chapel Hill.

Deah pelajar jurusan pergigian manakala isterinya bercadang menyertai universiti berkenaan pada sesi pembelajaran September ini.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti, tetapi ayah Yusor, Mohammad Abu-Salha tetap percaya ia jenayah kebencian disebabkan mereka beragama Islam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:15 AM